Thursday, October 15, 2009

Warga Terbaru......

kini 4 warga baru telah dibawa balik ke 306 AGRO FARM..
dan 2 warga baru selamat dilahirkan minggu lepas...sepasang dan dalam keadaan sihat.. =)
kami merancang untuk menigkatkan lg ternakan kambing kami..insyaALLAH..
namun masalah sekarang adalah musim tengkujuh yg akan tiba dalam tempoh sebulan lg membantut usaha kami. Kami tidak mahu mengambil risiko untuk menambah bongkah cendawan baru kerana rumah cendawan sedia ada berisiko untuk ditenggelami air sekiranya banjir...kami akan mengambil keputusan untuk menambah bongkah baru selepas musim tengkujuh nanti...

nantikan gambar baby boy dan baby boy sy....okay???

Friday, August 21, 2009

Warga baru di 306 AGRO FARM..Alhamdulillah... :-)


Alhamdulillah...jam 5.00 ptg td 4 warga baru di 306 AGRO FARM selamat tiba dari machang.
Nampaknya mereka dapat menyesuaikan diri dengan begitu baik sekali bersama sama warga yang lain ataupun senior mereka =) . Nampaknya bertambahlah tanggungjawab kami di 306 AGRO FARM dengan kehadiran bulan mulia ini semoga kami diberkati dan dimurahkan rezeki.
InsyaALLAH semangat kami disini makin bertambah demi menjayakan misi kami.
Dengan adanya bantuan daripada abang dan ayah saya sendiri maka lebih mudahlah pelaksanaan ini dapat dilakukan. Saya juga ingin mengambil kesempatan ini mengucapkan selamat berpuasa kepada seluruh umat islam. sekian.

Thursday, August 20, 2009

Penggunaan EM (efective microorganism) mengatasi jangkitan pada bongkah cendawan.

Saya ingin berkongsi pengalaman saya dalam penggunaan EM untuk mengatasai masalah penyakit dan serangan serangga ke atas bongkah cendawan. saya telah mengunakan EM selama seminggu keatas bongkah cendawa dalam rumah cendawan di 306 AGRO FARM dan hasil yang saya perolehi adalah sgt menakjubkan dimana perubahan yang jelas dapat dilihat keatas bongkah cendawan ini dimana penyakit kulat hijau mahupun jangkitan berwarna jingga dapat diatasi dengan bgitu baik sekali dalam masa seminggu. kaedah yang saya gunakan adalah semburan EM ini menggunakan semburan bertekanan tinggi dimana semburan kabus halus di dalam rumah cendawan serta semburan pada bahagian muka atau lubang depan cendwan secara berkala iaitu sebanyak 2 atau 3 kali sehari. selain itu, hasil pertumbuhan yang begitu cepat juga dapat diperolehi setelah meggunakan teknik ini. selepas membuat penuaian saya akan membersihkan muka bongkah dan membuang akar cendawan yang masih terdapat pada bongkah, selepas itu semburan sedikit EM dilakukan pada muka bongkah dan penutup. pertumbuhan yang sgt cepat dimana masa yang diperlukan antara 5 hingga 7 hari sahaja dan saya sudah boleh membuka penutup bongkah dah cendawan mula tumbuh dalam masa 2 ke 3 hari sahaja.

306 AGROFARM

Kami di 306 agrofarm menjalankan projek penanaman cendwan tiram kelabu,penternakan kambing kampung,lembu,ayam kampung,itik serta puyuh.
Projek utama kami di 306 agrofarm adalah dalam penanaman cendawan tiram kelabu.
Kini kami juga mula memberi tumpuan kepada ternakan kambing kampung yang juga kini mendapat tempat pada masa ini dimana permintaan kambing kampung untuk majlis akikah atau sebagainya semakin meningkat dan jelas sekali kekurangan stok dipasaran serta harga kambing kini agak tinggi. Walaupun ianya memerlukan jangka masa yang agak panjang, namun hasilnya agak memberangsangkan disamping kos penjagaan yang agak rendah serta lebih mudah.