Thursday, August 20, 2009
Penggunaan EM (efective microorganism) mengatasi jangkitan pada bongkah cendawan.
Saya ingin berkongsi pengalaman saya dalam penggunaan EM untuk mengatasai masalah penyakit dan serangan serangga ke atas bongkah cendawan. saya telah mengunakan EM selama seminggu keatas bongkah cendawa dalam rumah cendawan di 306 AGRO FARM dan hasil yang saya perolehi adalah sgt menakjubkan dimana perubahan yang jelas dapat dilihat keatas bongkah cendawan ini dimana penyakit kulat hijau mahupun jangkitan berwarna jingga dapat diatasi dengan bgitu baik sekali dalam masa seminggu. kaedah yang saya gunakan adalah semburan EM ini menggunakan semburan bertekanan tinggi dimana semburan kabus halus di dalam rumah cendawan serta semburan pada bahagian muka atau lubang depan cendwan secara berkala iaitu sebanyak 2 atau 3 kali sehari. selain itu, hasil pertumbuhan yang begitu cepat juga dapat diperolehi setelah meggunakan teknik ini. selepas membuat penuaian saya akan membersihkan muka bongkah dan membuang akar cendawan yang masih terdapat pada bongkah, selepas itu semburan sedikit EM dilakukan pada muka bongkah dan penutup. pertumbuhan yang sgt cepat dimana masa yang diperlukan antara 5 hingga 7 hari sahaja dan saya sudah boleh membuka penutup bongkah dah cendawan mula tumbuh dalam masa 2 ke 3 hari sahaja.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
salam. sy dr kota kinabalu, sabah. projek baru mula. benih beli siap tuai.
ReplyDeletemohon kongsi maklumat ya..
1. nisbah EM digunakan utk semburan ke atas beg yg bermasalah hijau?
2. maksud ayat, "..muka atau lubang depan cendawan..", adakah penutupnya dibuka atau biar tertutup.
3. jenis penutup, kapas atau kertas akhbar, mana lebih baik?
terima kasih, harap jawapan segera.
rithzal.